China Terus Jadi Tumpuan Pelabur Asing

2018-10-11 15:28:55  CRI
Share with:

China akan meningkatkan keterbukaan ke tahap lebih tinggi dan terus menjadi tumpuan bagi pelabur asing.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri, Li Keqiang ketika bertemu dengan Pengerusi Lembaga Pengurusan BMW Jerman, Harald Kruger di Beijing semalam.

Li menyatakan kerjasama pragmatik yang lebih kukuh sesuai dengan kepentingan bersama. Projek kerjasama terbaharu BMW dengan pihak China di Shenyang, provinsi Liaoning akan dilancarkan tidak lama lagi, menjadikan syarikat Jerman itu yang pertama mendapat  faedah selepas China melonggarkan akses sektor automotif.   

Usahawan asing dialu-alukan merebut peluang ini untuk menambah pelaburan ke China demi pembangunan bersama dan keuntungan bersama.

Kruger pula menyatakan kesediaan untuk memperluas kerjasama dengan China, pasaran terbesar syarikatnya, melalui pembukaan kilang baharu di Shenyang.

 

科鲁格 Harald Kruger 

张薇