Sama-Sama Jaga Multilateralisme

2018-10-11 14:13:34  CRI
Share with:

China dan Jepun diharap bersama-sama menjaga multilateralisme dan sistem perdagangan bebas.

Harapan itu disuarakan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam pertemuan dengan wakil pihak Jepun yang menghadiri pusingan keempat dialog membabitkan usahawan dan bekas pegawai kanan kerajaan kedua-dua negara di Beijing semalam.

Li berkata China dan Jepun, dua entiti ekonomi utama di dunia, hendaknya memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan, inovasi dan teknologi tinggi dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing, di samping bekerjasama meneroka pasaran pihak ketiga.

Dalam pada itu, China akan terus meningkatkan keterbukaan dan mengalu-alukan pelaburan oleh syarikat Jepun.

Mantan Perdana Menteri Jepun, Fukuda Yasuo berkata, pemain ekonomi Jepun bersedia bersama-sama pihak China meneroka kerjasama melibatkan inovasi dan pasaran pihak ketiga serta perlindungan alam sekitar dan usaha menangani masalah populasi semakin menua.

张哲