Tiada Negara Mampu "Bina Semula" China

2018-10-11 11:42:31  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_7d9284bbc7a4c6c831011165f7fed4e4

Pembangunan China tidak bergantung pada negara lain, dan tiada mana-mana negara pun yang mampu "membina semula" China.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang ketika mengulas kenyataan pemimpin AS bahawa perdagangan dengan China selama lebih 20 tahun lalu telah mengakibatkan defisit besar, memberi kekayaan melimpah ruah kepada China. Keadaan ini umpama AS "membina semula" China.

Beliau berkata, defisit besar yang dialami AS berpunca daripada banyak faktor. Pada umumnya, untung rugi ditentukan oleh kelebihan masing-masing dan pola pembahagian kerja antarabangsa. Ini juga pandangan ahli ekonomi AS sendiri. Tindakan  AS mengehadkan eksport produk dengan nilai tambah tinggi kepada China tentulah membawa kepada defisit. Adalah tidak adil dan tidak munasabah bagi AS menuduh China dalam hal ini.

Tambah beliau, AS juga mendapat faedah besar dalam kerjasama ekonomi dengan China sejak sekian lama. Jawatankuasa Kebangsaan bagi Perdagangan AS-China menganggarkan perdagangan dengan China telah membawa penjimatan kos sara hidup sebanyak USD850 (RM3,530) setahun untuk setiap keluarga di AS. Statistik Kementerian Perdagangan China menunjukkan, jumlah jualan syarikat AS di China pada 2016 mencatat kira-kira USD606.8 bilion (RM2.52 trilion), dengan keuntungan lebih USD39 bilion (RM162 bilion). Bank Deutsche dalam laporan pada Jun lalu juga berpendapat AS mendapat lebih banyak keuntungan bersih dalam perdagangan dengan China. Data dan analisis tersebut membuktikan kerjasama ekonomi antara China dengan AS adalah saling menguntungkan. Tiada mana-mana pihak yang sanggup terus berniaga jika menanggung rugi, apatah lagi selama 20 tahun. 

张弘