Laluan Lawatan Khas, Promosi Pelaburan CIIE

2018-10-11 11:07:20  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama akan dirasmikan di Shanghai pada 5 November. Sebagai tuan rumah, Shanghai telah menyediakan 45 laluan lawatan khas dan 30 aktiviti promosi pelaburan untuk para peserta bagi memperkenalkan suasana perniagaan di bandar raya itu.

Laluan lawatan tersebut memfokuskan pembangunan ekonomi, kewangan, perdagangan, perkapalan serta inovasi sains dan teknologi, di samping membantu para peserta mendekati Shanghai dalam waktu yang terhad meliputi aspek perkhidmatan, pembuatan, beli-belah dan budaya.

30 aktiviti promosi pelaburan berlangsung bermula bulan ini hingga akhir November, menonjolkan keistimewaan negara peserta dan menggalakkan kerjasama.

张弘