Tiga Pihak Runding Isu Korea

2018-10-11 15:28:05  CRI
Share with:
Rundingan tiga pihak peringkat naib menteri melibatkan  China, Rusia dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) diadakan di Moscow kelmarin. 

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam taklimat media semalam menyatakan dialog itu mengeluarkan isyarat bahawa isu Semenanjung Korea harus diselesaikan melalui saluran politik dan diplomatik.

Menurut beliau, ketiga-tiga pihak mengalu-alukan perubahan positif dalam situasi di Semenanjung Korea dan menyokong usaha semua pihak untuk menggalakkan isu tersebut diselesaikan secara damai.

Ketiga-tiga pihak bersependapat, proses mewujudkan semenanjung bebas senjata nuklear dan membentuk mekanisme kedamaian berkekalan hendaklah seiring. Usaha perlu dilakukan untuk membawa kemajuan dalam rundingan damai demi keamanan yang berkekalan seawal mungkin. 
 

 

张薇