Rali China-ASEAN Bermula Hujung Oktober

2018-10-12 10:53:08  CRI
Share with:

Rali Antarabangsa China-ASEAN 2018 selama 20 hari bakal dirasmikan pada 31 Oktober.

Perlumbaan bersempena ulang tahun ke-15 perkongsian strategik China-ASEAN itu diharap menggalakkan kerjasama sosiobudaya hingga menjadikan interaksi berkenaan tonggak ketiga hubungan China-ASEAN.

Perlumbaan tahun ini bermula dari bandar Lanzhou, melalui Xi'an, Hanzhong, Chongqing, Guiyang, Nanning seterusnya memasuki Vietnam, Laos, Thailand, Malaysia dan berakhir di Singapura.

Rali tersebut disertai pelumba profesional dan amatur termasuk anggota media dan orang awam.

Setakat ini, 120 peserta telah berdaftar, antaranya 40 warga China, 40 warga negara ASEAN dan 40 kakitangan, melibatkan sebanyak 50 kenderaan.

覃淼