Import, Eksport Komoditi China Meningkat

2018-10-12 14:11:32  CRI
Share with:
Data terkini Kastam China menunjukkan, jumlah perdagangan komoditi China mencatat RMB22.28 trilion (RM 13.37 trilion) pada tiga suku pertama tahun ini, meningkat 9.9% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Antaranya, eksport naik 6.5% kepada RMB11.86 trilion (RM7.14 trilion), manakala import RMB10.42 trilion (RM6.28 trilion), bertambah 14.1%.

Lebihan perdagangan direkodkan pada RMB1.44 trilion (RM867 bilion), turun 28.3%.
覃淼