PM Jepun Temu Pegawai Kanan China

2018-10-12 14:11:02  CRI
Share with:
Perdana Menteri Jepun yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Shinzo Abe bertemu dengan ketua Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Song Tao di Tokyo semalam.

Song berkata, pemimpin kedua-dua negara telah menetapkan prinsip dan hala tuju hubungan dua hala dalam pertemuan baru-baru ini.

Mesyuarat ke-8 mekanisme pertukaran parti pemerintah China dan Jepun di Tokyo menyasarkan pelaksanaan konsensus antara pemimpin, di samping menjaga asas politik ikatan dua hala, mengendalikan perselisihan secara konstruktif dan mempergiat kerjasama pragmatik dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Abe pula berkata, interaksi antara parti pemerintah penting bagi perkembangan hubungan dua hala. Pihaknya komited merancakkan interaksi berkenaan serta memperkukuh rasa saling percaya dalam politik demi memajukan hubungan Jepun-China.
覃淼