Pendidikan Gadis, Wanita Perjuangan Mulia

2018-10-12 14:13:14  CRI
Share with:

Majlis Penganugerahan Hadiah UNESCO bagi Pendidikan Gadis dan Wanita ke-3 diadakan di Paris semalam.

Peng Liyuan, isteri Presiden China, Xi Jinping yang juga Utusan Khas UNESCO bagi Kemajuan Pendidikan Gadis dan Wanita, dalam surat tahniahnya berkata, pendidikan gadis dan wanita satu perjuangan mulia yang membolehkan mereka menikmati peluang sama dengan kaum lelaki. Usaha itu komponen penting Matlamat Pembangunan Mampan 2030 PBB.

Hadiah berkenaan memainkan peranan unik lagi penting bagi menggalakkan lebih ramai membaktikan diri dalam usaha yang mulia ini. 

Beliau memuji kesungguhan penerima hadiah itu untuk memperjuangkan keadilan dalam pendidikan serta membantu gadis dan wanita merealisasikan impian. 

Disaran dan ditaja oleh kerajaan China, Hadiah UNESCO bagi Pendidikan Gadis dan Wanita adalah yang pertama seumpama bagi perjuangan tersebut.

张哲