China, Kazakhstan Teroka Kerjasama Baharu

2018-10-12 10:59:01  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Bakhytzhan Sagintayev yang turut menghadiri mesyuarat perdana menteri Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Dushanbe petang semalam. Li berkata, China dan Kazakhstan rakan kongsi strategik komprehensif yang saling untung dan jiran baik yang saling percaya. China komited mengekalkan interaksi peringkat tinggi dengan Kazakhstan, menyelaraskan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan dasar ekonomi baharu Kazakhstan, di samping menggalakkan kerjasama sedia ada dan terus meneroka kerjasama baharu. Sagintayev pula berkata, Kazakhstan dan China menjalin hubungan muhibah. Jumlah perdagangan dua hala terus meningkat, sementara kerjasama kapasiti pengeluaran berjalan lancar. Pihaknya komited meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dengan China serta penaiktarafan pintu keluar masuk kedua-dua negara. Langkah juga akan diambil untuk memperbanyak kargo yang transit di Kazakhstan dan memperluas eksport hasil pertanian demi situasi menang-menang. 

覃淼