Tindakan Balas Bukan Campur Tangan

2018-10-12 14:13:53  CRI
Share with:

Tindakan balas yang diambil China dalam pergeseran perdagangan dengan AS adalah wajar bagi melindungi kepentingan sendiri serta mutilateralisme, bukannya untuk campur tangan dalam urusan domestik AS.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng dalam sidang media semalam berkata, AS yang mencetuskan dan meruncingkan pergeseran perdagangan antara kedua-dua negara.

Demi menjaga kerjasama ekonomi, China tidak mahu berperang dagang dan komited untuk memastikan hubungan berkenaan terus berkembang dengan sihat.

Katanya, tindakan "memeras ugut" AS tiada gunanya bagi China.

Tambah jurucakap itu, ekonomi China mengekalkan momentum baik ke arah mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi.

张哲