China Buka Kursus Latih Guna Metana

2018-10-12 12:48:42  CRI
Share with:

Kursus latihan bagi menggalakkan penggunaan metana di Laos dilancarkan di Ventiane kelmarin, anjuran Kementerian Perdagangan China dengan kerjasama Institut Biogas di bawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Desa China.

Seramai 100 pegawai kerajaan dan kakitangan teknikal dalam sektor tenaga, alam sekitar, pertanian dan sebagainya mengikuti latihan bermula 9 Oktober hingga 3 Disember, meliputi pengurusan dan penggunaan metana, bahan dan teknologi baharu, penghantaran selamat serta teknologi kejuruteraan biogas.

Setakat ini, Institut Biogas tersebut telah menganjurkan 72 kursus serupa melibatkan 1,658 peserta dari lebih 120 negara.

张弘