SAR Sulawesi Lanjut Hingga Esok

2018-10-12 12:19:50  CRI
Share with:

Misi mencari dan menyelamat (SAR) susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, Indonesia dilanjutkan hingga petang esok.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho semalam menyatakan keputusan untuk melanjutkan SAR adalah atas permintaan keluarga mangsa yang hilang.

Sebelum ini, BNPB memutuskan SAR ditamatkan hari ini disebabkan kebimbangan tersebarnya wabak berikutan mayat mangsa yang terkorban reput teruk.

Keadaan darurat di Sulawesi Tengah yang dikuatkuasakan sejak 28 September dilanjutkan hingga 26 Oktober.

Setakat petang semalam, angka korban gempa dan tsunami meningkat kepada 2,073, sementara jumlah yang cedera 10,700 dan yang masih hilang 680.

Sutopo menyatakan kos pembinaan semula di kawasan bencana sedang dihitung. Projek berkenaan akan bermula selepas tempoh darurat tamat dan dijangka siap pada 2021.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张弘