Rusia Kritik Amalan Perlindungan Perdagangan

2018-10-13 16:02:32  CRI
Share with:

Rusia mengkritik amalan perlindungan perdagangan dan sekatan sepihak yang dilakukan sesetengah negara. 

Demikian ujar Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev dalam mesyuarat ke-17 Majlis Pemimpin Negara-Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang diadakan di Dushanbe, ibu negara Tajikistan semalam. 

Kata beliau, demi mengejar kedudukan dominan, sesetengah negara menjalankan persaingan yang tidak adil dengan amalan perlindungan perdagangan dan sekatan sepihak. Hal ini akan membawa cabaran kepada kestabilan strategik dunia.

Menyentuh kerjasama sesama anggota SCO, Medvedev berkata, SCO merupakan wadah ideal bagi negara anggotanya untuk menjalankan pelbagai kerjasama. Rusia berharap kerjasama di bawah rangka SCO dapat diperkasakan. 

张哲