PM Li Hadir Mesyuarat Majlis Pemimpin Negara SCO

2018-10-13 15:41:27  CRI
Share with:

Sejak ditubuhkan 17 tahun lalu, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) telah mencapai hasil memberangsangkan dalam kerjasama, dan memberi sumbangan positif kepada kedamaian dan kestabilan Eurasia serta pembangunan serantau. 

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap pada mesyuarat ke-17 Majlis Pemimpin Negara-Negara SCO di Dushanbe semalam.

Beliau menyatakan sidang kemuncak yang pertama sejak SCO menerima lebih banyak anggota telah diadakan di Qingdao, China pada Jun lalu. Presiden Xi Jinping dan pemimpin pelbagai negara mencapai kata sepakat penting bagi meningkatkan perpaduan dan kesalingpercayaan, membina komuniti berkongsi nasib SCO yang lebih rapat serta mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan. Konsensus tersebut menyuntik penggerak kuat untuk pembangunan SCO pada masa akan datang.

Kata beliau, situasi antarabangsa kini menghadapi faktor yang tidak stabil dan tidak menentu. China bersedia bersama-sama semua anggota SCO melaksanakan Perisytiharan Qingdao dengan bersungguh-sungguh, di samping meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan bagi memainkan peranan lebih besar dalam memelihara kedamaian dan kestabilan serta menjana pembangunan serantau. 

张哲