AS Tetap Rakan Dagang Kedua Terbesar China

2018-10-13 14:04:22  CRI
Share with:

Statistik Kastam China menunjukkan, dalam tiga suku pertama tahun ini, import dan eksport antara China dengan Amerika Syarikat (AS) mencatat RMB3.06 trilion, meningkat 6.5% berbanding tempoh sama tahun lalu dan menduduki 13.8% keseluruhan perdagangan luar China. AS tetap merupakan rakan dagang kedua terbesar bagi China.

Antaranya, jumlah eksport China ke AS naik 7.4% kepada RMB2.27 trilion, manakala import dari AS RMB798.13 bilion, bertambah 3.8%.

Pada September lalu, import dan eksport antara kedua-dua negara mencatat RMB405.54 bilion, meningkat 13.1%. Antaranya, pengeksportan ke AS berjumlah RMB319.31 bilion, meningkat 16.6%. Pengimportan dari AS pula sebanyak RMB86.23 bilion, naik 1.6%.

Jurucakap Kastam China, Li Kuiwen berkata, perdagangan antara China dengan AS saling melengkapi dan pasaran membolehkan kedua-dua negara berkongsi banyak kepentingan bersama. China mempunyai rantaian industri yang lengkap dan kapasiti pengeluaran yang kuat, sementara kebergantungan pasaran AS terhadap produk buatan China juga tinggi.

张弘