PM Jepun Lawat China

2018-10-13 14:40:46  CRI
Share with:

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akan mengadakan lawatan rasmi ke China bermula 25 hingga 27 Oktober.

Ini lawatan rasmi pertama perdana menteri Jepun ke China dalam tempoh tujuh tahun lalu, juga bersempena ulang tahun ke-40 termeterainya Perjanjian Kedamaian dan Persahabatan China-Jepun.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang akhbar semalam memaklumkan, pemimpin China akan bertemu dengan Abe untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan bilateral serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi tumpuan bersama.

Kedua-dua pihak juga akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-40 termeterainya perjanjian tersebut serta forum pertama mengenai kerjasama pasaran pihak ketiga.

Beliau berkata, untuk memastikan hubungan bilateral terus berkembang dengan sihat dan stabil, kedua-dua pihak patut mematuhi prinsip empat dokumen politik dan melihat satu sama lain sebagai rakan kongsi, bukannya ancaman.

Kedua-dua pihak juga harus menyokong pembangunan damai satu sama lain serta memperkukuh asas politik dan undang-undang bagi hubungan bilateral.

Kerjasama lebih kukuh antara China dan Jepun, dua entiti ekonomi utama di dunia, bukan sahaja sesuai dengan kepentingan bersama, malah bermanfaat bagi pembangunan ekonomi global.

Kedua-dua pihak hendaklah saling melengkapi melalui kelebihan masing-masing, memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan, inovasi dan teknologi tinggi serta melibatkan pasaran pihak ketiga, di samping bersama-sama menjaga multilateralisme, sistem perdagangan bebas dan ekonomi dunia yang terbuka.

Syarikat Jepun dialu-alukan meningkatkan pelaburan di China.

China berharap lawatan Abe dapat membantu meningkatkan rasa saling percaya dalam politik, memperdalam kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, serta mendorong hubungan bilateral kembali ke landasan betul dan terus berkembang. 

张弘