Menteri RCEP Sahkan Komitmen Muktamadkan Rundingan

2018-10-14 13:34:00  CRI
Share with:

Menteri dari 16 negara Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), mengesahkan komitmen masing-masing bagi memuktamadkan rundingan, dengan menegaskan untuk menyelesaikan pakej menjelang akhir tahun, yang merupakan kejayaan penting, terutama ketika perdagangan global tidak menentu ketika ini.

Para menteri berkata demikian dalam penyataan bersama pada akhir Mesyuarat Peringkat Menteri Antara sesi RCEP keenam di Siangapura semalam.

Menurut pernyataan itu, para menteri bersetuju untuk bekerjasama bagi mengatasi sebarang kesulitan atau cabaran ketika rundingan RCEP memasuki peringkat terakhir.

Menteri-Menteri bersetuju untuk bertemu pada Mesyuarat Persediaan Menteri-Menteri RCEP sebelum Sidang Kemuncak RCEP ke-2 pada November 2018.

(Sumber dari BERNAMA)

张弘