Menteri Luar China, Mexico Bincang Isu Dagang

2018-10-14 16:27:31  CRI
Share with:
Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Mexico, Luis Videgaray malam semalam.

Videgaray memberi taklimat mengenai penandatanganan Perjanjian AS-Mexico-Kanada (USMCA) dengan menyatakan Mexico negara berdaulat yang bebas, perjanjian berkenaan tidak akan menjejaskan pertukaran antara Mexico dengan China, juga tidak akan membawa sebarang sekatan kepada perdagangan, pelaburan dan hubungan politik antara kedua-dua negara.

Katanya, China rakan kongsi yang boleh dipercayai bagi Mexico. Mexico bersedia terus mengembangkan perkongsian strategik komprehensif dengan China.

Wang Yi pula menyatakan China dan Mexico, rakan strategik komprehensif, sentiasa saling memahami, mempercayai dan menyokong dalam isu-isu penting. Dua negara pasaran baru muncul ini harus bersama-sama melindungi multilateralisme dan sistem perdagangan bebas. 
张薇