Pesta Filiem China 2018 Buka Tirai di Myanmar

2018-10-14 16:25:05  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1、出席开幕式的嘉宾为电影节剪彩.JPG

Pesta Filiem China 2018 dan Jerayawara Filem China Sungai Lancang-Mekong selama 20 hari membuka tirainya di Yangon, Myanmar semalam. 

Aktiviti itu dianjurkan bersama oleh Kedutaan Besar China di Myanmar, Radio Antarabangsa China (CRI) dan Pusat Kebudayaan China di Yangon.

Kaunselor  Kebudayaan Kedutaan Besar China di Myanmar, Tian Shanting dalam ucapannya pada majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Kebudayaan China di Yangon berkata, aktiviti tersebut dipercayai akan membantu meningkatkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara serta menyumbang kepada ikatan Pauk-Phaw yang lebih kukuh dan perkembangan hubungan China-Myanmar. 

Jerayawara Filem China yang juga dikenali sebagai "panggung wayang luar" itu akan diadakan di enam wilayah di Myanmar bagi membolehkah penduduk tempatan menghayati filem-filem China dengan percuma.

张哲