Ekspo Perdagangan Antarabangsa Vietnam-China Dijadualkan November

2018-10-15 14:31:54  CRI
Share with:

Ekspo Perdagangan Antarabangsa Vietnam-China 2018 bakal diadakan di Pusat Pameran Perdagangan Lang Son pada 1 hingga 9 November, dengan tema "penyelarasan dan kerjasama demi pembangunan bersama".

Menurut pihak penganjur, ekspo tersebut dijangka menarik penyertaan hampir 200 syarikat dan institusi dari dalam dan luar Vietnam. Tapak pameran dibahagikan kepada empat kawasan, dengan lebih 240 gerai disediakan.

Sebagai salah satu aktiviti penting dalam rangka Pelan Promosi Perdagangan Antarabangsa Vietnam 2018, ekspo tersebut akan menjadi platform untuk kedua-dua pihak menjalin kerjasama perdagangan dan pelaburan.

高蕾