China Junjung Neutraliti dalam Pemilikan

2018-10-15 14:29:59  CRI
Share with:

China menjunjung neutraliti dalam aspek pemilikan, serta menentang pelaksanaan peraturan berbeza berdasarkan pemilikan syarikat dan layanan berdiskriminasi yang diberi kepada syarikat milik negara dalam peraturan antarabangsa.

Dalam satu sidang media di Beijing hari ini, Naib Setiausaha Agung Suruhanjaya Pengawalseliaan Aset Milik Negara di bawah Dewan Negara China, Peng Huagang berkata selepas China melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka selama 40 tahun, syarikat milik negara telah diintegrasikan ke dalam ekonomi pasaran.


Matlamat pembaharuan berkenaan adalah untuk menjadikan syarikat milik negara entiti yang mampu mengendalikan sendiri pengurusan, untung dan rugi, risiko, pengawalan dan perkembangan, sehingga tidak berbeza dengan syarikat lain.

高蕾