Thailand Lancar Strategi Pembangunan 20 Tahun

2018-10-15 14:31:05  CRI
Share with:

Pelan Strategik Pembangunan Negara (2018-2037) Thailand, strategi 20 tahun yang pertama bagi negara itu, mula dilaksanakan selepas diluluskan dengan perkenan Raja Maha Vajiralongkorn.

Menurut pelan tersebut, Thailand akan membangunkan diri menjadi sebuah negara maju yang stabil, makmur dan mampan menjelang 2037.

Enam matlamat utama digariskan, antaranya mewujudkan kestabilan politik dan sosial serta kemampuan mengatasi ancaman luar; meningkatkan daya saing antarabangsa serta pendapatan negara; melengkapkan hak dan kepentingan warga dari segi pendidikan dan kesihatan.

Matlamat lain, merealisasikan kesamarataan sosial, mengecilkan jurang antara golongan kaya dengan miskin; membaiki kesejahteraan rakyat dengan perlindungan alam sekitar sebagai prasyarat; menambah kecekapan kerajaan membanteras rasuah serta membangunkan sistem kehakiman yang lebih telus, sempurna dan adil.

Perlembagaan baharu Thailand memperuntukkan bahawa semua agensi kerajaan dan pertubuhan awam hendaklah mematuhi pelan induk negara, dan pengagihan bajet dilakukan mengikut pelan tersebut.

高蕾