Lawatan Rasmi Li Keqiang ke Belanda

2018-10-15 14:45:23  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_lkq

Perdana Menteri China, Li Keqiang memulakan lawatan rasmi ke Belanda petang semalam atas undangan Mark Rutte, rakan sejawatnya dari negara itu.

Li Keqiang ketika berucap di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam menyatakan bahawa Belanda salah satu negara Barat yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada 1949.

Lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Belanda pada 2014 telah membentuk perkongsian strategik komprehensif yang bersifat terbuka dan pragmatik antara kedua-dua negara.

Li Keqiang berkata, China dan Belanda adalah rakan dagang dan rakan kongsi penting antara satu sama lain. Beliau amat menanti-nantikan lawatan kali ini dapat memperdalam rasa saling percaya dalam bidang politik, serta mengintensifkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang bagi mencari penjana baharu perkembangan hubungan dan kerjasama antara China dengan Belanda dan Eropah.

高蕾