Canton Fair ke-124 Buka Tirai di Guangzhou

2018-10-15 14:34:15  CRI
Share with:

Ekspo Import dan Eksport Komoditi China ke-124 (Canton Fair) dirasmikan di Kompleks Pameran Pazhou Guangzhou, provinsi Guangdong hari ini.

Jurucakap Canton Fair yang juga Naib Ketua Pengarah Pusat Perdagangan Asing China (CFTC), Xu Bing semalam menyatakan bahawa jumlah pembeli yang menghadiri eskpo kali ini dijangka sama dengan Canton Fair ke-122 dahulu. 

Tapak pameran kali ini seluas 1.185 juta meter persegi, dengan jumlah gerai sebanyak 60,645 buah, menarik penyertaan 25,583 syarikat tempatan dan asing.

Xu Bing memaklumkan bahawa pada sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah import dan eksport perdagangan komoditi China meningkat 9.9% berbanding dengan tempoh sama tahun sebelumnya, manakala sektor import dan eksport masing-masing naik 6.5% dan 14.1%.

Kebelakangan ini, jumlah peniaga dari Amerika Syarikat (AS), negara sumber pembeli kedua terbesar bagi Canton Fair, melebihi 10 ribu setiap tahun.

高蕾