China, Belanda Kerjasama Lebih Terbuka dan Pragmatik

2018-10-16 13:42:12  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123562772_15396168040011n

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Belanda, Mark Rutte telah mengadakan pertemuan di Hague semalam.

PM Li menyatakan, China bersedia meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan Belanda mengenai pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Pembaharuan WTO perlu mengekalkan prinsip perdagangan yang bebas dan terbuka, melindungi hak dan kepentingan negara membangun, mengurangkan jurang perbezaan antara Selatan dengan Utara, dan mengekalkan prinsip pencapaian persepakatan melalui rundingan.

China secara teguh memelihara Persetujuan Paris mengenai perubahan iklim, dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi komitmennya.

China bersedia menimba pengalaman Belanda dalam mengatasi isu populasi menua, dan membina mekanisme kerjasama dalam bidang urbanisasi, penjagaan warga emas dan teknologi tenaga bersih.

Dalam pertemuan itu, Rutte pula menyatakan bahawa Belanda amat mementingkan hubungan dengan China, bersedia memperkukuh kesalingpercayaan politik, mengintensifkan kerjasama pragmatik, meneroka potensi kerjasama baharu dalam bidang ekonomi kitaran, urbanisasi dan bandar pintar.

Belanda juga mahu bersama-sama mengatasi masalah sejagat termasuk perubahan iklim, mengeratkan komunikasi dan penyelarasan dalam mekanisme pelbagai pihak, di samping bersama-sama menjaga mutillateralisme dan sistem perdagangan bebas.

曹捷