Malaysia akan Mudahkan Prosedur Visa Pelancong China

2018-10-16 13:38:14  CRI
Share with:

Kerajaan Malaysia akan mempertimbangkan untuk mempermudah prosedur pemberian visa kepada pelancong China dan mengurangkan bayaran permohonan mereka.

Media tempatan semalam memetik ulasan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad di parlimen bahawa kerajaan juga akan mempercepat prosedur pemberian visa kepada pelancong China pada masa akan datang.

Sebelum ini ada laporan mengatakan jumlah pelancong China ke Malaysia menurun 30%-35% pada tempoh cuti Hari Kebangsaan China tahun ini berbanding tahun lepas.

PM Mahathir mengakui kebenaran laporan itu sambil menyatakan kerajaan akan mencari sebabnya dan menangani situasi tersebut. Beliau yakin jumlah pelancong China ke Malaysia akan bertambah semula.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China telah berkembang menjadi antara sumber pelancong utama bagi Malaysia. Seramai 2.7 juta pelancong China ke Malaysia pada tahun lepas, manakala dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, angka itu telah mencecah satu juta, pertambahannya amat ketara.

曹捷