Pameran Ulang Tahun ke-40 Pembaharuan, Pintu Terbuka

2018-10-16 17:36:27  CRI
Share with:

Sempena Hari Makanan Dunia ke-38 hari ini, Rizab Bijirin dan Bahan China mengadakan pameran foto di Hangzhou, memaparkan pencapaian sistem rizab tersebut sepanjang pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka selama 40 tahun lalu.

Pameran bertema "berusaha merealisasikan kelaparan sifar" itu menarik kedatangan ramai pelawat.

Dalam tempoh 40 tahun lalu, sistem pengedaran bijirin China berjaya ditransformasikan, bukan sekadar melindungi kepentingan petani, malah juga mengukuhkan keselamatan bahan makanan negara.

张薇