Forum Beijing-Tokyo ke-14 Berakhir dengan Jaya

2018-10-16 13:39:59  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_acba6a93-b184-472b-b80f-df85103a613b

Forum Beijing-Tokyo ke-14 anjuran bersama Kumpulan Penerbitan Antarabangsa China (CIPG) dan Genron NPO Jepun berakhir di Tokyo semalam.

Seramai lebih seratus tetamu dari kalangan politik, ekonomi, perniagaan, keilmuan dan media kedua-dua negara telah menjalankan perbincangan di bawah tema "memperdalam rasa saling percaya dan kerjasama, memikul tanggungjawab demi keamanan dan pembangunan, mencermin erti Perjanjian Kedamaian dan Persahabatan dalam konteks praktikal."

Kerjasama ekonomi dan perdagangan, keselamatan, media dan ekonomi digital menjadi tumpuan perbincangan.

Hasil forum tersebut, pihak penganjur mengumumkan Persepakatan Tokyo.

Kedua-dua pihak percaya bahawa kerjasama saling menguntungkan harus dijadikan sasaran bersama seluruh rantau, dan China serta Jepun hendaklah membuat sumbangan lebih besar ke arah itu.

Kedua-dua pihak juga menyokong usaha diplomatik bagi mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear serta menggalakkan matlamat itu dicapai secara damai.

China dan Jepun hendaklah berganding bahu menjaga sistem perdagangan bebas yang lebih terbuka dan berdasarkan peraturan serta kerjasama antarabangsa berdasarkan multilateralisme.

曹捷