Kumpulan Pakar Perubatan China Pulang dari Kemboja

2018-10-16 16:55:55  CRI
Share with:

Kumpulan pertama pasukan pakar perubatan dari bandar Taizhou, provinsi Jiangsu bertolak pulang selepas selesai memberi sokongan perubatan di Siem Reap, Kemboja.

Ketua Pejabat Konsul China di Siem Reap, Liu Zhijie semalam menyatakan, bantuan yang diberikan oleh pasukan pakar perubatan tersebut bukan sahaja menggalakkan penggunaan perubatan tradisional Cina dan membantu Kemboja membaiki taraf perubatan, malah juga satu bentuk jaminan bagi perantau dan pelancong China di negara itu.

Kata beliau, dalam tempoh tiga bulan lalu, tiga pakar perubatan merawat hampir 1,000 orang termasuk perantau China, pesakit tempatan dan pelancong asing dari negara-negara lain.

Usaha mereka membantu mengetengahkan perubatan tradisional Cina di persada antarabangsa. Adalah amat dinanti-nantikan perubatan tradisional Cina digunakan secara meluas di Kemboja, demi manfaat rakyat.

张薇