Pendapatan Syarikat Milik Negara China Naik 11%

2018-10-16 13:41:23  CRI
Share with:

Naib Setiausaha Agung Suruhanjaya Pengawalseliaan Aset Milik Negara di bawah Dewan Negara China, Peng Huagang menyatakan bahawa dalam tiga suku pertama tahun ini, pendapatan syarikat milik negara meningkat 11% berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencatat RMB21.1 trilion (RM12.7 trilion).


Jumlah keuntungan syarikat berkenaan naik 21.5% kepada RMB1.3 trilion (RM780 bilion). Kadar peningkatan itu melebihi 20% untuk lima bulan berturut-turut.

Dalam tempoh yang sama, pelaburan aset tetap direkodkan pada RMB1.5 trilion (RM900 bilion), bertambah 2.7%. Antaranya, pelaburan melibatkan kehidupan rakyat, pembangunan hijau dan teknologi semakin meningkat, manakala pelaburan dalam batu arang dan kuasa termal menyusut.

高蕾