China Bantah Dakwaan AS Putar Belit Fakta

2018-10-16 13:42:01  CRI
Share with:

Dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa China telah memujuk tiga negara Amerika Latin untuk "memutuskan hubungan diplomatik" dengan Taiwan hingga menggugat kestabilan di Selat Taiwan, satu fitnah yang memutarbelitkan fakta.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam satu sidang media semalam menegaskan hanya terdapat satu China di dunia ini, dan Taiwan adalah sebahagian wilayah China. Ini konsensus yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa.

Katanya, hubungan diplomatik antara China dengan negara-negara terbabit dijalin berdasarkan prinsip “Satu China”, yang bukan sahaja sejajar dengan kepentingan kedua-dua pihak selaku negara berdaulat, malah selaras dengan norma undang-undang dan hubungan antarabangsa, serta arus sejarah dan aspirasi rakyat.

AS yang menjalin ikatan diplomatik dengan China berdasarkan prinsip tersebut 40 tahun lalu, tidak wajar mengkritik negara lain yang berbuat serupa.


AS digesa membetulkan kesalahan, memutuskan interaksi kerajaan dan ketenteraan dengan Taiwan, dan menghentikan penjualan senjata kepada Taiwan. Washington juga perlu berhenti mengganggu negara-negara yang sudah atau mahu menjalin hubungan diplomatik dengan China serta membantu mengekang kebangkitkan "anasir pemisah" di Taiwan, bagi mengelakkan terjejasnya hubungan bilateral China-AS serta keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.

高蕾