Tiada Bukti Berlaku Manipulasi Mikrocip

2018-10-17 11:36:53  CRI
Share with:

Bloomberg Businessweek baru-baru ini melaporkan bahawa China telah memasang mikrocip pada produk kira-kira 30 jenama Amerika Syarikat (AS) bagi memperoleh maklumat sensitif.

Apple, Amazon dan syarikat-syarikat lain yang disebut dalam laporan itu bagaimanapun serta-merta mengeluarkan kenyataan membidas laporan tersebut, yang disifatkan sebagai dakwaan tidak berasas.

Apple dalam kenyataannya berkata, Bloomberg telah berkali-kali mendakwa berlaku insiden keselamatan membabitkan syarikatnya, namun Apple tidak pernah menemui cip seumpama itu pada pelayan mahupun tanda-tanda perkakasan dimanipulasikan.

Pihaknya juga tidak pernah menghubungi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) atau agensi penguatkuasaan undang-undang AS yang lain tentang hal sedemikian.

Dalam surat kepada Kongres, Apple sekali lagi menyatakan pihaknya tidak pernah menemui sebarang bukti yang dapat menyokong laporan Bloomberg tersebut.

Amazon turut menyangkal laporan itu, dengan menyatakan terlalu banyak kesilapan dalam kandungan melibatkan syarikatnya.

Laporan Bloomberg berkenaan juga mendakwa papan induk Super Micro yang dikeluarkan di China dipasang cip penggodam. Sehubungan itu, Super Micro Computer menegaskan pihaknya tidak pernah mendapati sebarang cip yang dipasang dengan niat jahat, ataupun menerima aduan daripada pelanggan. Sama seperti Apple dan Amazon, Super Micro juga tidak pernah disiasat oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang AS.

Tiga operator telekom iaitu AT&T, Sprint dan Verizon turut membuat kenyataan serupa, menafikan perkakasan mereka dimanipulasikan.

Pada bulan ini, Jabatan Keselamatan Tanah Air AS telah menyatakan tiada sebab untuk meragui kenyataan syarikat-syarikat terbabit.

曹捷