Lebih 80 Syarikat Singapura Bakal Serta CIIE

2018-10-17 14:38:46  CRI
Share with:

Delegasi syarikat Singapuara yang terdiri daripada lebih 80 buah syarikat akan menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama yang dijadualkan berlangsung di Shanghai pada 5 hingga 10 November.

Maklum Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) baru-baru ini, penyertaan syarikat Singapura dalam ekspo tersebut bukan sekadar untuk mencari peluang baharu dalam pasaran China, malah juga bagi meneroka kerjasama dengan rakan niaga untuk menceburi pasaran global.

Difahamkan, syarikat-syarikat Singapura yang bakal menghadiri CIIE tersebut melibatkan sektor logistik dan pengangkutan, kewangan, perbankan, pendidikan serta perubatan.

周乔西