PM China, Belanda Lawat Pameran Teknologi Tinggi

2018-10-17 12:59:55  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder_1123568595_15397134590911n


Perdana Menteri China, Li Keqiang bersama-sama rakan sejawatnya dari Belanda, Mark Rutte melawat pameran teknologi tinggi serta bertukar-tukar pendapat dengan usahawan tempatan di Muzium Hague, tengah hari semalam.

Pameran sistem bersepadu untuk diagnosis dan rawatan kanser menarik minat PM Li. Katanya, teknologi itu dialu-alukan masuk ke pasaran China.

Li turut memuji projek bioteknologi yang mampu menyumbang kepada perlindungan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Dalam satu temu bual dengan dua pemimpin itu, usahawan Belanda menyatakan bahawa China pasaran yang amat penting di dunia.

Mereka berharap kerajaan China akan terus menyokong kemasukan pelaburan langsung asing, di samping terus menyempurnakan dasar dan undang-undang berkenaan untuk mencipta suasana perniagaan yang lebih baik. Belanda bersedia mengintensifkan kerjasama inovasi dan memberikan sumbangan kepada agenda pembangunan China.

PM Li berkata, China akan terus memperluas peluang pelaburan syarikat asing di China, selain melonggarkan akses pasaran, meningkatkan perlindungan harta intelek, melarang pemindahan teknologi secara paksa, serta menyelesaikan masalah secara adil dan rasional menurut undang-undang dan peraturan domestik dan antarabangsa.

曹捷