PM China, Belanda Hadir Forum Ekonomi dan Perdagangan

2018-10-17 12:58:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123568561_15397075220591n

Perdana Menteri China, Li Keqiang bersama-sama rakan sejawatnya dari Belanda, Mark Rutte menghadiri Forum Ekonomi dan Perdagangan China-Belanda serta menyampaikan ucaptama di Muzium Hague semalam.

Li Keqiang menyatakan, beliau dan Rutte bersama-sama menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama komersial bernilai hampir USD10 bilion (RM41.5 bilion). Kerajaan kedua-dua negara bersedia mencipta suasana perniagaan yang terbuka dan telus.

Katanya, China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan, mengambil langkah untuk memperluas akses pasaran. Layanan sama rata akan diberikan kepada syarikat asing yang mendaftarkan perniagaan mereka di China.

China sedang membangunkan ekonomi berorientasikan kualiti, dengan pasaran yang berpotensi besar. Syarikat asing termasuk dari Belanda dialu-alukan mengambil peluang ini untuk memperluas kerjasama.

Rutte pula menyatakan bahawa Belanda menyanjung tinggi peranan positif China dalam mengatasi perubahan iklim. Pihaknya bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang itu dan meneroka peluang perniagaan berkenaan.

曹捷