Kereta Api China-Eropah Susur 44 Bandar Eropah

2018-10-17 14:40:08  CRI
Share with:

Kereta Api China-Eropah yang mempunyai 65 laluan kini telah beroperasi lebih 11,000 kali, menyambungkan China dengan 44 bandar di 15 negara Eropah.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Ning Jizhe semalam berkata, Kereta Api China-Eropah telah menjadi saluran paling utama bagi mempererat perhubungan dengan negara-negara terlibat dalam insiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Pada masa hadapan, kereta api itu akan terus berusaha meningkatkan keefisienan dalam perkhidmatan pelepasan kastam, mengoptimumkan laluan operasi serta memperhebat jaminan keselamatan dalam proses pengangkutan kargo.

周乔西