AS Kenakan Sekatan terhadap IRGC

2018-10-17 14:41:50  CRI
Share with:

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan sekatan terhadap satu pertubuhan tentera di bawah Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) serta sebuah tabung kerjasama yang dikatakan menyediakan sokongan kewangan kepada IRGC.

Aset tabung kerjasama itu juga dibeku untuk mengharamkan warga AS menjalankan urus niaga dengannya.

Jabatan Perbendaharaan AS dalam kenyataannya berkata, pertubuhan separa tentera itu mengupah dan melatih askar kanak-kanak untuk IRGC, manakala tabung kerjasama itu memberi bantuan kewangan.

Tabung yang beribu pejabat di Iran itu terdiri daripada sekurang-kurangnya 20 buah syarikat dan institusi kewangan, yang membabitkan beberapa sektor di Iran, termasuk automotif, industri perlombongan dan pemprosesan logam serta sektor perbankan.

周乔西