Pelaburan Syarikat China ke Negara B&R Meningkat

2018-10-18 13:33:17  CRI
Share with:

Data terkini Kementerian Perdagangan China menunjukkan pada tiga suku pertama tahun ini, pelaburan dan kerjasama China dengan negara lain mengekalkan perkembangan yang stabil dan sihat.

Pelaburan domestik meningkat 5.1% berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencatat USD82.02 bilion (RM341 billion). Antaranya, pelaburan syarikat China terhadap negara terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) meningkat 12.3%.

Kaunselor komersial bahagian pelaburan luar negara dan kerjasama ekonomi Kementerian Perdagangan, Han Yong menyatakan, pada sembilan bulan pertama tahun ini, syarikat China telah menyelesaikan 265 projek penggabungan dan pemerolehan (M&A) rentas sempadan melibatkan 49 negara dan wilayah termasuk Singapura, Perancis dan Jerman, yang merangkumi 17 industri dengan jumlah urus niaga bernilai USD43.3 bilion (RM180 bilion).

Han Yong menambah, setakat September lalu, syarikat China yang mengendalikan perniagaan di kawasan kerjasama ekonomi dan perdagangan di 46 negara mencatat 113 buah dengan jumlah pelaburan USD36.63 bilion (RM152 bilion). 

曹捷