Syarikat Singapura Aktif Sertai CIIE

2018-10-18 10:28:38  CRI
Share with:

Taklimat mengenai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama diadakan di Singapura semalam anjuran Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).

Dalam sidang media pada hari yang sama, Pengerusi SBF, Teo Siong Seng menyatakan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Singapura dengan China telah mencatat kemajuan besar pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Bidang kerjasama semakin luas, mekanisme kerjasama kian lengkap, taraf kerjasama meningkat, sementara kandungan kerjasama makin selaras dengan strategi pembangunan negara masing-masing.

Kata Teo, sebaik sahaja maklumat perekrutan untuk CIIE diumumkan, syarikat Singapura amat berminat mendaftarkan diri. Ekspo itu dilihat sebagai peluang untuk memasuki pasaran China, mempromosikan produk dan memperkukuh kerjasama.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Bank of China (BOC)
cawangan Singapura, rakan kongsi tunggal yang telah memberi sokongan besar.

高蕾