China, Rusia Perlu Hargai Perkongsian Matang dan Kukuh

2018-10-18 13:24:14  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123574072_15397791789691n

Dalam konteks situasi dunia semasa, China dan Rusia perlu menghargai perkongsian yang matang dan kukuh antara satu sama lain, serta mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Pandangan itu disuarakan Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan dengan Ketua Turus Pejabat Eksekutif Presiden Rusia, Anton Vaino di Beijing semalam.

Xi menyatakan, China dan Rusia harus melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dengan segera, menggalakkan kerjasama dalam bidang tenaga dan inovasi, mempercepat penyelarasan antara inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia. Kedua-dua pihak diharap merancang dengan baik lawatan peringkat tinggi pada masa akan datang untuk melonjakkan hubungan bilateral pada era baharu ke tahap lebih tinggi.

Vaino pula menyatakan kerjasama strategik dengan China satu keutamaan dalam hubungan luar Rusia. Rusia bersedia memperkukuh kerjasama antara Pejabat Eksekutif Presiden dengan Pejabat Am Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, sebagai sumbangan baharu kepada perkembangan perkongsian strategik komprehensif.

曹捷