China, Rusia Intensifkan Kerjasama

2018-10-19 13:18:28  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_W020181019241756086278

Presiden Rusia, Vladimir Putin ditemui Yang Jiechi, Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang menghadiri sidang tahunan Kelab Perbincangan Antarabangsa Valdai ke-15 di Sochi semalam.

Putin menyatakan, konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara sedang dilaksanakan. Rusia amat menghargai perkongsian strategik komprehensif yang bertaraf tinggi antara kedua-dua negara, dan bersedia bersama-sama China mengekalkan interaksi antara pelbagai kalangan, di samping mengintensifkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Yang Jiechi pula menyatakan, China dan Rusia akan mengambil kesempatan sempena ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada tahun depan untuk melonjakkan hubungan bilateral ke tahap baharu dengan hasil baharu, demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara bahkan dunia.

曹捷