BCM, Platform Penting bagi Hubungan China-Filipina

2018-10-19 13:20:31  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_fcc51be3564e4e44a907d645e022ffa6

Mesyuarat ke-3 Mekanisme Rundingan Bilateral China-Filipina mengenai Isu Laut China Selatan (BCM) diadakan di China semalam. Naib Menteri Luar China, Kong Xuanyou dan rakan sejawatnya dari Filipina, Enrique Manalo mengetuai delegasi masing-masing ke mesyuarat itu. 


Kedua-dua pihak menganggap bahawa BCM sebagai platform berdialog secara berkala telah memainkan peranan penting dalam menggalakkan perkembangan hubungan bilateral secara stabil. Melalui saluran tersebut, kedua-dua pihak menangani perselisihan, mencegah dan mengendalikan insiden di laut dengan baik serta terus meningkatkan dialog dan kerjasama maritim.

Kedua-dua pihak bersependapat, platform pelbagai hala termasuk Hubungan Dialog China-ASEAN, Forum Rantau ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur amat penting bagi menggalakkan kedamaian dan kesetabilan serantau. Kedua-dua pihak sekali lagi menegaskan komitmen untuk melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dengan pragmatik dan efektif.

Persetujuan juga dicapai berhubung kerjasama dengan negara-negara ASEAN yang lain untuk mencapai persepakatan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC).

Mesyuarat ke-4 BCM dijadualkan di Filipina pada awal tahun depan.

图片默认标题_fororder_23c502ba3a3b40788cbe7112e6ab9a5d

曹捷