Liu He Bicarakan Tiga Tumpuan Masyarakat mengenai Ekonomi dan Kewangan

2018-10-20 15:03:14  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_0e503cd3-c629-4231-949f-9788495f85ed

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Naib Perdana Menteri, Liu He ketika ditemu bual media negara telah memberikan jawapan mengenai isu-isu yang menjadi tumpuan masyarakat domestik dan luar termasuk pasaran saham, pembangunan syarikat swasta, situasi ekonomi dan kewangan serta perubahan struktur industri.

Liu He berkata dengan terus terang bahawa pada masa sekarang, pasaran saham China mengalami naik turun dan kemerosotan yang ketara. Ini akibat kenaikan kadar faedah Bank Rakyat China, penyusunan semula struktur ekonomi China, pengaruh unjuran pasaran dan sebagainya. Beliau khususnya menyebut bahawa pergeseran perdagangan antara China dan Amerika Syrikat (AS) juga merupakan salah satu penyebab. Tetapi beliau menganggap penyebab itu mengundangkan pengaruh yang lebih besar daripada aspek sentimen, dan kedua-dua pihak China-AS sedang menjalankan komunikasi berkenaan.

Sebelum temu bual tersebut, Li He telah mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan kaedah bagi membantu syarikat kecil dan sederhana mengatasi masalah kekurangan dana, di samping mendengar pendapat daripada wakil wakil dari syarikat berkenaan. Ketika ditemu bual, Li He menyatakan bahawa mestilah mengekalkan dengan teguh dua pendirian, iaitu mengukuhkan dan membangunkan ekonomi milik negara dan juga menggalakkan, menyokong dan memgarahkan pembangunan ekonomi bukan milik negara.

Ketika membicarakan situasi ekonomi dan kewangan serta perubahan struktur industri, Liu He telah membuat analisis dari segi indeks ekonomi, penilaian antarabangsa dan prestasi kewangan. Beliau menegaskan bahawa kini China perlu menangani hubungan antara tiga tugas, iaitu menjamin pertumbuhan yang stabil,menyusun semula struktur dan mencegah risiko, selain melaksanakan sistem dasar yang mengutamakan pembaharuan struktur terhadap sektor pembekalan, dan mempercepat pembinaan sistem ekonomi yang moden.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_21d5fd67-25f2-4828-8620-64dc1bea0b58

曹捷