China, Jerman Intensifkan Kerjasama Pragmatik

2018-10-20 14:32:00  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123586089_15399599280581n

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Jerman, Angela Merkel mengadakan pertemuan di Brussels semalam waktu tempatan.

Li Keqiang menyatakan, berdepan situasi antarabangsa yang rumit yang sering berubah pada masa ini, China bersedia bersama-sama dengan Jerman berdasarkan pandangan jauh meningkatkan rasa saling mempercayai dalam bidang politik, memelihara pertukaran lawatan peringkat tinggi, memegang kepada prinsip saling menguntungkan dan menang-menang, memperluas keterbukaan antara satu sama lain supaya dapat mengintensifkan kerjasama pragmatik.

Merkel pula menyatakan bahawa hubungan bilateral dan kerjasama Jerman-China berkembang lancar. Jerman bersedia bersama-sama dengan China mengintensifkan kerjasama pragmatik, dan melaksanakan hasil rundingan kedua-dua kerajaan dengan baik. Selain itu, Jerman bersedia bersama-sama dengan China memelihara multilateralisme dan order antarabangsa bersasarkan peraturan.

曹捷