China dan Britain Tingkatkan Hubungan Ekomomi dan Perdagangan

2018-10-20 14:25:04  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123586090_15399602602401n

Perdana Menteri China, Li Keqiang yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah di Brussels telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Britain, Theresa Mary May semalam waktu tempatan.

Li Keqiang menyatakan, China bersedia bersama dengan Britain saling menghormati, memberikan layanan yang sama rata dan meningkatkan rasa saling percaya supaya dapat menyediakan syarat yang baik bagi mengintensifkan kerjasama. China yang akan terus memperluas keterbukaan, dan melonggar akses pasaran yang melibatkan sektor kewangan dan perkhidmatan, mengalu-alukan Britain mengambil kesempatan untuk memperluas kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kewangan, industri pembuatan dan pasaran ketiga, dan mendorong kerjasama yang saling menguntungkan melonjak ke tahap baharu.

Theresa Mary May pula menyatakan, Britain mengalu-alukan China terus meningkatkan keterbukaan, bersedia melalui mekanisme termasuk dialog ekonomi dan kewangan Britain-China, terus menggalakkan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala kekal berkembang dengan sihat. 

曹捷