Li Keqiang Hadiri ASEM Ke-12

2018-10-20 15:44:50  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123586215_15399675635591n

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyampaikan ucapan yang bertema "Bersama-sama Memikul Tanggungjawab, dan Bersama-sama Menghadapi Cabaran" ketika menghadiri Pertemuan Asia-Eropah (ASEM) Ke-12 di Brussels semalam.

Menurut beliau, terdapat banyak unsur tidak menentu di dunia pada masa ini. Konsep 'Membentukan komuniti berkongsi nasib' yang dikemukakan Presiden Xi Jinping diiktiraf secara luas di masyarakat antarabangsa.

图片默认标题_fororder_1123586215_15399677016861n
Ketika menangani situasi dan cabaran baharu, Asia dan Eropah perlu memikul tanggungjawab memelihara keamanan dan menggalakkan kemakmuran serta pembangunan sejagat dari empat aspek.

Pertama, memainkan peranan untuk memelihara multilateralisme.

Kedua, membangunkan ekonomi global yang terbuka.

Ketiga, mendorong pembangunan bersama Asia-Eropah berdasarkan kesalinghubungan.

Keempat, menyuntik kedinamikan kepada kerjasama kedua-dua benua menerusi pertukaran sosiobudaya.

Tegas PM Li, China akan memperluas keterbukaan, melindungi harta intelek, dan membangunkan suasana perniagaan domestik yang bertaraf dunia.

Dimaklumkan, pemimpin dari 53 negara anggota ASEM dan petugas pertubuhan antarabangsa telah menghadiri pertemuan yang bertemakan "Eropah dan Asia: Rakan Sejagat Hadapi Cabaran Global" itu.

高蕾