China, Malaysia Tingkatkan Kerjasama B&R

2018-10-25 13:01:00  CRI
Share with:

China menghargai sikap positif Malaysia terhadap inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), dan akan terus menggalakkan kerjasama berkenaan demi faedah yang lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Dimaklumkan, pegawai dari Kementerian Perdagangan dan Industri Malaysia baru-baru ini menyatakan bahawa kerajaan Malaysia baik dahulu mahupun sekarang, sentiasa menyokong inisiatif B&R.

Sehubungan dengan itu, Hua berkata, Malaysia negara penting dalam laluan sutera maritim purba, juga antara yang paling awal menyertai B&R. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan penilaian tinggi terhadap B&R dalam rangka lawatan ke China pada bulan Ogos lalu.

Kata Hua, China dan Malaysia telah memeterai memoradum persefahaman kerjasama berkenaan dan akan meneroka pelan untuk terus memperkasakan sinergi demi manfaat rakyat kedua-dua negara bahkan serantau.

覃淼