Forum Pelaburan B&R China-Singapura

2018-10-26 15:12:50  CRI
Share with:
Forum Pelaburan Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) Singapura-China pertama diadakan di Singapura semalam, anjuran bersama Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China dengan Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura.

Hadir menyampaikan ucaptama, Naib Pengerusi NDRC, Ning Jizhe dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing.

Ning Jizhe berkata, kerjasama melibatkan pasaran pihak ketiga menjadi titik pertumbuhan baharu bagi kerjasama antara China dengan Singapura, serta komponen penting kerjasama pragmatik dalam rangka B&R. China berpegang pada semangat Laluan Sutera iaitu kerjasama secara damai, terbuka dan inklusif, saling belajar dan menang-menang, serta prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi sewaktu menggalakkan penerokaan pasaran pihak ketiga. 

Chan Chun Sing pula berkata, Singapura dan China telah menjalankan kerjasama pragmatik jangka panjang membabitkan pelbagai bidang, dan mencapai hasil yang memberangsangkan dalam projek-projek antara kerajaan. Sebagai pusat perdagangan dan kewangan yang penting di dunia, Singapura bersedia aktif terlibat dalam pembinaan B&R serta menawarkan perkhidmatan profesional dalam aspek kewangan dan perundangan. 
徐国玮