Import, Eksport China-Negara B&R Lebih RMB6T

2018-10-26 13:14:14  CRI
Share with:

Jumlah import dan eksport antara China dengan negara-negara terlibat dalan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) melebihi RMB6 trilion (RM3.6 trilion) dalam tiga suku pertama tahun ini, meningkat 13% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut data terkini Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, jumlah eksport China ke Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN masing-masing meningkat 7.3%, 6.5% dan 12.6%.

Dalam pada itu, pelaburan syarikat China di negara-negara terlibat B&R dalam sektor bukan kewangan mencatat USD10.78 bilion (RM44.5 bilion), naik 12.3%.  

覃淼